Jun 28
Assalamualykum..
Pengedaran buku eng.maths1, 2 dan 3 akan bermula pada 9, 10 dan 11 Julai 2010 ini. Pada mereka yang ingin membuat tempahan baru ataupun tambahan, sila boleh berbuat demikian dengan kadar segera untuk melicinkan perjalanan proses penghantaran buku-buku tersebut.
Sekian terima kasih.
Jun 28
Pada sesiapa yang ingin membeli buku terbitan Sajadah Ilmu, bolehlah berbuat demikian melalui wakil-wakil kami seperti tertera di bawah.
Tuan Ahmad Zumali bin Mohamad ( JMSK )
Tuan Syed Saiful Bahri bin Syed Salabuddin ( JMSK )
Untuk diisi segera
Tuan Mohd Nazim bin Zakaria ( JPA )
Tuan Mohd Hardy bin Diman ( JMSK )
Puan Normala bt Abdullah ( JMSK )
Pn Suzilaeli bt Mohd Sarman ( JMSK )
Untuk diisi segera
Pn Aida Razali ( JMSK )
Pn Saadiah Saad ( JMSK )
Tuan Zaharizan ( JMSK )
Puan Fazlin ( JMSK )
- Politeknik Kuching Sarawak
Untuk diisi segera
Tuan Zainor Rahim ( JMSK )
Puan Farah (JMSK)
Tuan Annuar (JMSK)
Untuk diisi segera
Jun 28
Mungkin ada mereka di luar sana bahkan diri saya sendiri pernah ataupun sedang merancang untuk bagaimana bukan sahaja mencari idea-idea baru untuk berubah malahan juga mencari bagaimana untuk mengekalkan dalam proses perubahan yang dilakukan. Apapun yang perlu ditumpukan adalah berfokus kepada dari mana semua ini datang dan apa yang perlu kita lakukan terhadapnya. Menurut Dr. Azhar Haji Sarip, kita perlu memantapkan jiwa kita terlebih dahulu dengan menghilangkan ‘tenaga takut’ yang bersarang dalam minda dan jiwa kita. Nah!Bagaimana caranya pula..Ya.Kita sebagai seorang Islam dan sudah tentu Allah adalah tempat kita bersujud. Hanya Dia yang dapat memberi mudharat kepada kita sama ada baik atau buruk. Kita hanya manusia, makhluk yang langsung tidak memiliki apa-apa kekuatan melainkan berhajat kepada pertolongan dariNya.
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” AlFatihah:5.
Apa makna semuanya ini?..Jangan biarkan jiwa kita melutut dan resah terhadap dunia..Jangan sesekali kita bergantung pada makhluk dan merasakan kita sahajalah yang mampu melakukan itu dan ini tanpa bantuan Allah. Ingatlah!Kebergantungan kita hanya pada Yang Esa. Belajarlah mendidik jiwa, untuk mendasari kesempurnaan iman dan taqwa kepada Allah dengan cara ini. Allah Maha Besar!Yakinlah padaNya dan setiasalah berdoa untuk ditetapkan dalam iman dan kesabaran atas apa jua dugaan yang diberikan saban masa dan ketika.
“……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) “AtTalaq:2.
“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ” AtTalaq:3.
Mar 01
Attanukhi dalam bukunya menulis sebuah cerita.Ada seorang lelaki yang buntu kerana semua pintu rezkinya tertutup baginya sehingga dia tak tahu lagi dengam cara apa hendak di ikhtiarkan.Hari bertambah hari,hingga kelaparan jua menyelubungii hidupnya dan isterinya hinggalah sampi ke saat hampir mati kelaparan rentetan daripada tidak ada sebarangpun makanan untuk dhmakan.maka si suami pun berkunjung ke rumah seorang wanita ber anyakan tentang makanan.Wanita itu hanya berkata.”Tiada apa yang aku miliki saat ini mlainkan ikan yang telah busuk.Maka lelaki tadi pun membawa ikan itu pulang untuk dimakan.Ketika dibelah perut ikan itu,alangkah terkejut si lelaki itu apabila mendapati,sebutir mutiara terdapat di dalamnya.Mutiara itu dijual lalt keluarga itu hidup dengan kaya dan bahagianya dengan jalan rezki yang baik yang diberikan oleh Allah SWT.
“Dan apajua nikmat yang ada pada kalian maka semua itu dari Allah lah datangnya….(An-Nahl:53)
Allah akan memberikan segala nikmat pada sesiapa sahaja mengikut kehendakNya..mereka yang berada pada jalan keimanan dan ketaqwaan…
Jan 29
Dalam apajua tugas harian, semestinya kita berkeinginan untuk menyelesaikan tugas itu dengan sempurna. Ini pula bergantung kepada daya kekuatan, kemahiran, ilmu, pengalaman, kreativiti dan keazaman bagi memastikan ianya berakhir sesempurna yang mungkin. Apa-apapun, kejayaan seuatu tugas itu bergantung kepada matlamat yang telah disetkan awal beserta motivasi yang seharusnya konsisten disepanjang tugas-tugas yang dilakukan. Sekiranya motivasi diri tidak konsisten, mana mungkin matlamat yang disetkan tercapai dengan jayanya. Motivasi dikaitkan dengan bekalan diri yang sungguh abstrak dan tahapnya berbeza antara individu dengan individu yang lain. Sikap antara faktor dalaman yang bakal menyumbang kepada keharmonian adunan motivasi dan kerja sehingga ia akan menjadi satu keluarga yang terpenting dalam apajua ibadah yang dilakukan. Malah dalam solat sekalipun, kita wajib memberikan penumpuan (khusu’) ataupun dengan perkataan mudahnya ialah asyik yang mana situasi ini akan berlaku sekiranya penumpuan kita benar-benar untuk Yang Satu.
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara dan ia melakukannya dengan tekun ( teliti, sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan).”
(Riwayat Al-Baihaqi)
Keasyikan datang daripada niat, motivasi ibadah dan juga sikap yang cenderung dalam mendapatkan sesuatu ganjaran atau balasan sama ianya berbentuk wang ringgit, harta, ayaupun hanya keredhaan dan rahmat dariNya. Dalam hal ini, ketelitian merupakan faktor terpenting dalam pengarahan elemen-elemen yang disebutkan sesuai dengan Hadis di atas. Sama-sama kita hayati.
Jan 29
Insya Allah pada 2 Febuari 2010 ini, Sajadah Ilmu akan berada di Arau, Seberang Perai, Jitra, Ipoh, Tanjung Malim, Sabak Bernam dan Melaka bagi tujuan pengedaran buku-buku SIPD.Terima kasih atas sokongan anda terhadap buku-buku kami.
Jan 28
Hujung minggu ini( 31 Januari & 1 Febuari 2010), Sajadah Ilmu akan berada di Kuantan,Dungun dan Kota Bharu untuk tujuan pengedaran buku.SIPD mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Jan 20
Menurut Al-Imam Ibnu Badis al-Sanhaji, hati tidak akan sekali-kali memperoleh apa yang sedang dipelajari sehinggalah lidah berhenti daripada berkata-kata. Dengan sebab itu, seseorang pelajar hendaklah mendiamkan diri daripada berkata-kata sama ada secara jelas atau berbisik semasa proses pembelajaran berlaku ( Tafsir Ruhil Ma’ani, ayat ke 114 surah Taha ).
Dec 31
Sepanjang 2010 ini, Sajadah Ilmu akan mengeluarkan 8 lagi buku terbitannya. 5 daripadanya adalah buku di bawah siri matematik kejuruteraan dan 3 lagi adalah buku-buku kejuruteraan mekanikal. Beberapa buku yang bakal diterbitkan ini ditulis secara bersama oleh penulis-penulis yang memiliki latarbelakang akademik dan pengalaman yang sempurna. Buku-buku ni juga akan diedarkan secara berperingkat disepanjang 2010, insya Allah.
Dec 31
Bermula 8 Januari 2010 ini, Sajadah Ilmu akan memulakan pengedaran buku-bukunya ke seluruh Politeknik Malaysia yang membuat pesanan untuk buku matematik kejuruteraan 1 dan 2. Pihak Sajadah Ilmu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan semua mereka yang terlibat dalam memastikan buku-buku ilmiah seperti ini ditulis, diterbitkan,diedar seterusnya dimanfaatkan sebagai rujukan tambahan pelajar-pelajar kita yang sedang melanjutkan pengajian di Politeknik seluruh Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftar melanjutkan pengajian tidak kira di peringkat sijil,diploma,ijazah pertama,sarjana mahupun PhD tidak kira di IPT mana sekalipun. Semoga kalian diberikan kefahaman ilmu dan dan dapat dimanfaatkan untuk keperluan sejagat.Amin.