Sajadah Ilmu mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya melangkahkan kaki masuk ke Politeknik KPTM menyambung pengajian mereka untuk peringkat sijil atau diploma. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang bergelar seorang pelajar. Tahniah!
Bagi setiap pembelian buku-buku terbitan Sajadah Ilmu secara online iaitu directly melalui Sajadah Ilmu, maka anda berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak 20%. Pesanan boleh dibuat melalui emel atau menghubungi terus pihak Sajadah Ilmu di talian 013 779 5001.
Assalamua’laykum.
Semoga saudara/i sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT dan dipermudahkan segala ibadah dan urusan di atas hamparan sajadah kehidupan ini. Welcome to the Sajadah Ilmu Blog. Sajadah Ilmu atau lebih tepatnya Sajadah Ilmu Publications and Distributors merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran buku-buku berbentuk ilmiah pelbagai jurusan dan ia kini masih lagi berada pada peringkat awal dan masih menyusun dan merancang ke arah penyebaran ilmu pengetahuan secara meluas. Blog ini akan menjadi platform bagi menghamparkan sumber-sumber ilmu pengetahuan dalam bentuk penerbitan buku dan diharapkan segala isi yang terkandung dalam blog ini dapatlah memberikan manfaat jua untuk mereka yang berkunjung ke blog ini. Maklum balas daripada saudara/i amat kami alu-alukan dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hantarkan ke asraf@sajadahilmu.com.



