Bermula 8 Januari 2010 ini, Sajadah Ilmu akan memulakan pengedaran buku-bukunya ke seluruh Politeknik Malaysia yang membuat pesanan untuk buku matematik kejuruteraan 1 dan 2. Pihak Sajadah Ilmu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan semua mereka yang terlibat dalam memastikan buku-buku ilmiah seperti ini ditulis, diterbitkan,diedar seterusnya dimanfaatkan sebagai rujukan tambahan pelajar-pelajar kita yang sedang melanjutkan pengajian di Politeknik seluruh Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftar melanjutkan pengajian tidak kira di peringkat sijil,diploma,ijazah pertama,sarjana mahupun PhD tidak kira di IPT mana sekalipun. Semoga kalian diberikan kefahaman ilmu dan dan dapat dimanfaatkan untuk keperluan sejagat.Amin.



