Dalam apajua tugas harian, semestinya kita berkeinginan untuk menyelesaikan tugas itu dengan sempurna. Ini pula bergantung kepada daya kekuatan, kemahiran, ilmu, pengalaman, kreativiti dan keazaman bagi memastikan ianya berakhir sesempurna yang mungkin. Apa-apapun, kejayaan seuatu tugas itu bergantung kepada matlamat yang telah disetkan awal beserta motivasi yang seharusnya konsisten disepanjang tugas-tugas yang dilakukan. Sekiranya motivasi diri tidak konsisten, mana mungkin matlamat yang disetkan tercapai dengan jayanya. Motivasi dikaitkan dengan bekalan diri yang sungguh abstrak dan tahapnya berbeza antara individu dengan individu yang lain. Sikap antara faktor dalaman yang bakal menyumbang kepada keharmonian adunan motivasi dan kerja sehingga ia akan menjadi satu keluarga yang terpenting dalam apajua ibadah yang dilakukan. Malah dalam solat sekalipun, kita wajib memberikan penumpuan (khusu’) ataupun dengan perkataan mudahnya ialah asyik yang mana situasi ini akan berlaku sekiranya penumpuan kita benar-benar untuk Yang Satu.
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara dan ia melakukannya dengan tekun ( teliti, sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan).”
(Riwayat Al-Baihaqi)
Keasyikan datang daripada niat, motivasi ibadah dan juga sikap yang cenderung dalam mendapatkan sesuatu ganjaran atau balasan sama ianya berbentuk wang ringgit, harta, ayaupun hanya keredhaan dan rahmat dariNya. Dalam hal ini, ketelitian merupakan faktor terpenting dalam pengarahan elemen-elemen yang disebutkan sesuai dengan Hadis di atas. Sama-sama kita hayati.



