Jan 20
Menurut Al-Imam Ibnu Badis al-Sanhaji, hati tidak akan sekali-kali memperoleh apa yang sedang dipelajari sehinggalah lidah berhenti daripada berkata-kata. Dengan sebab itu, seseorang pelajar hendaklah mendiamkan diri daripada berkata-kata sama ada secara jelas atau berbisik semasa proses pembelajaran berlaku ( Tafsir Ruhil Ma’ani, ayat ke 114 surah Taha ).



