Tentang Sajadah Ilmu

Kami merupakan Penerbit dan Pengedar buku-buku rujukan akademik bagi pelajar-pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Syarikat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 Oktober 2008, dibawah nama Sajadah Ilmu Publications & Distributors (Company No. 001806306-M) dan syarikat kami menjalankan perniagaan menerbit dan mengedar buku-buku rujukan akademik. Kini kami sedang membangun dengan menerbitkan buku-buku pelbagai bidang akademik yang menggunakan pendekatan problem-solving ataupun penyelesaian masalah. Dalam masa terdekat ini, kami menyasarkan beberapa lagi buah buku yang bakal diterbitkan bagi mencapai objektif utama syarikat. Memandangkan kami merupakan pengedar tunggal Sajadah Ilmu, maka buku-buku terbitan kami boleh dibeli daripada wakil-wakil penjual kami diseluruh Malaysia (lihat senarai wakil penjual)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Sajadah Ilmu merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran buku-buku yang berteraskan akademik/ilmiah pelbagai peringkat pendidikan dan skop fokus syarikat untuk jangkamasa terdekat ini adalah tertumpu kepada penyediaan buku-buku rujukan menggunakan pendekatan problem-solving untuk diedarkan ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Sajadah Ilmu juga turut menghamparkan beberapa perkhidmatan lain bertujuan memberikan kemudahan dan khidmat nasihat untuk penulis-penulis baru yang ingin menerbit dan mengedar buku-buku mereka sendiri. Pelbagai perkhidmatan daripada proses penyediaan manuskrip sehinggalah kepada proses pengedaran buku-buku disediakan

Antara perkhidmatan yang disediakan :

PERKHIDMATAN EDITORIAL

Menukarkan bahan daripada bentuk manuskrip kepada PDF file menggunakan perisisan-perisian terkini dan menyediakan penghasilan terbaik mengikut pendekatan buku yang dikehendaki.

PERKHIDMATAN KULIT BUKU (COVER)

Merekabentuk kulit buku ataupun book cover mengikut citarasa penulis dan kesesuaian tajuk buku.

PERKHIDMATAN MENCETAK

Memastikan buku yang diterbit melalui proses cetakan yang berkualiti pada kos yang berpatutan.

PERKHIDMATAN PENGEDARAN

Memasar dan mengedar buku-buku yang siap dicetak kepada target yang dikehendaki.

 

Perkhidmatan yang disediakan ini adalah untuk mereka yang terdiri daripada pensyarah/tenaga pengajar/guru/individu tertentu yang berbakat dan berminat untuk menulis mengikut kepakaran masing-masing dan mempunyai modal serta target pasaran buku masing-masing. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai target tetapi tidak mempunyai sejumlah modal tertentu,dialu-alukan untuk menghubungi terus pihak Sajadah Ilmu untuk berbincang mengenai proses penerbitan supaya karya/penulisan yang dirancang dapat diterbitkan dengan melalui beberapa prosedur dan perjanjian tertentu.

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN

Sebut harga berkenaan perkhidmatan di atas dapat diperolehi dengan menghantar butiran lengkap ke emel kami atau hubungi terus 013 779 5001

preload preload preload